Asslamualaikum........
Nama diberi oleh kedua-dua ibu bapa tercinta saya ialah Raidah Mahirah Binti Abdullah. Saya berasal dari Kluang, Johor Darul Takzim. Saya berusia 20 tahun dan telah dilahirkan pada tanggal 30 Mac 1994 yang jatuh pada hari Rabu pada jam 12.45 tengah hari.
Seterusnya, saya menerima pendidikan awal di Tabika Kemas Taman Koperasi, Kluang pada usia 5 tahun dan kemudian menyambung pendidikan awal saya di Tadika Xing Xing, Kluang. Kemudian, saya menerima pendidikan peringkat sekolah rendah di SJK(C) Chong Hwa 1, Kluang sehingga tamat darjah 6 dan pendidikan agama Islam di Sekolah Agama Dato' Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor sehingga tamat Darjah Khas Agama Negeri Johor.
Setelah itu, saya menyambung pendidikan peringkat menengah saya di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor sehingga tamat tingkatan 5. Saya kemudiannya menyambung pelajaran saya ke peringkat Pra-Universiti dalam aliran Sains di SMK Tinggi Kluang selama sebulan dan kemudian berpindah semula ke SMK Sultan Abdul Jalil kerana saya telah menukar aliran iaitu aliran Sains Kemanusiaan.
Setelah tamat pengajian Pra-Universiti selama satu tahun setengah, saya telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dalam jurusan pendidikan iaitu program Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian dalam Pendidikan (Pendidikan Khas) selama 4 tahun.
Begitulah serba sedikit mengenai diri saya. Sekian.